Kenapakah pek produk saya ada kod unik?

Kami sedar tentang kepentingan keselamatan dan kualiti bagi anda kerana ramai antara kami juga merupakan ibu bapa.

Kami berjanji untuk menghasilkan produk dengan piawaian keselamatan makanan yang ketat dan kualiti bertaraf dunia. Kini kami meningkatkan janji dengan memperkenalkan pengesahan kesahihan produk untuk semua rangkaian Anmum Materna , Lacta dan Essential.

Kod unik ini berupaya mengesahkan dengan segera produk adalah sahih* selain mendapatkan maklumat lanjut tentang sumber dan pengilangan produk. Dengan mengimbas kod QR pada produk anda dengan pengimbas QR pada telefon pintar anda atau memasukkan kod secara manual di sini anda akan dibawa untuk mendapat maklumat masa sebenar tentang produk anda termasuk:

  • Maklumat yang menunjukkan jika produk anda sahih. Perhatikan mesej pada laman web kami yang mengesahkan produk sebagai sahih untuk memberikan anda keyakinan bahawa produk yang dibeli merupakan produk yang sahih. Jika anda tidak menemui simbol pengesahan, sila hubungi kami di 1800 88 3122 sebelum menggunakan produk.
  • Di mana produk  anda dibuat dan dibungkus, tarikh luput dan gambar produk yang sepatutnya (sebagai pemeriksaan tambahan).
  • Dan sekiranya sebarang maklumat tambahan yang diperlukan oleh anda untuk tahu dengan segera sama ada produk selamat digunakan.

Bagaimanakah cara untuk membaca kod QR menggunakan telefon pintar anda?


Terdapat beberapa aplikasi kod QR percuma yang anda boleh muat turun ke telefon pintar daripada app store. Anda cuma perlu buka aplikasi, arahkan kamera telefon anda kepada kod QR dan kod akan diimbas. Kod QR produk akan diimbas secara terus ke laman web kami https://www.anmum.com/my/mepa

*Walaupun usaha yang terbaik dilakukan, Anmum Materna , Lacta dan Essential tidak dapat menjamin sepenuhnya daripada setiap jenis pengubahan yang diharamkan