Kenapa pembelajaran secara kreatif penting untuk kanak-kanak membesar

Menarik, pembelajaran secara kreatif boleh memupuk kanak-kanak membesar dan membantu sel-sel otak anak anda berhubung!

Anak anda berada di usia di mana sel-sel otak mereka sedang berhubung dengan pantas . Sebagai seorang ibu, melihat betapa banyaknya anak anda belajar pada usia ini merupakan suatu pengalaman yang sangat istimewa, walaupun hanya sesuatu yang sangat mudah seperti memegang botol air dengan betul atau minum dengan cawan tanpa menumpahkan air.

Pemakanan dan rangsangan yang baik menggalakkan perhubungan sel-sel otak. Anda boleh merujuk kepada cara-cara yang menarik dan kreatif yang dapat memupuk si kecil dan membantu sel-sel otak mereka berhubung. Berikut adalah beberapa sebab mengapa pembelajaran kreatif adalah penting untuk anak anda.

1. Berdikari

Pembelajaran secara kreatif atau dengan cara yang menyeronokkan, boleh membantu kanak-kanak belajar untuk berdikari. Ini merupakan asas untuk membina keinginan belajar dan meneroka perkara atau benda baharu dengan sendiri!

2. Ekspresi Diri

Pembelajaran secara kreatif berlaku akibat daripada kaedah percubaan dan kesilapan, penemuan dan penerokaan, yang akan membantu anak anda berkomunikasi dengan orang lain dan meluahkan perasaan mereka secara lisan atau bukan lisan. Biarlah cara mana sekalipun, yang penting anak anda sedang belajar bagaimana mengekspresikan diri dan pendapatnya tentang sesuatu perkara.

 

3. Penyelesaian Masalah

Pembelajaran secara kreatif menggalakkan anak anda berfikir di luar kotak kerana anak anda belum lagi didedahkan dengan cara pemikiran yang tegar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anak anda berkeupayaan untuk mencabar idea dan mencari penyelesaian yang tersendiri apabila mereka berada di situasi yang berbeza.

4. Ini bukan tentang kepandaian sahaja
Perkembangan kognitif bukan hanya memfokus pada intelek anak anda sahaja. Kemahiran kemasyarakatan dan bahasa juga perlu dipupuk, dan ini boleh direalisasikan melalui pembelajaran secara kreatif. Ini merupakan kemahiran hidup yang bukan sahaja mendedahkan si manja kepada pelbagai bidang pembelajaran, tetapi juga mengembangkan potensi penuh mereka sebagai seorang manusia.