Hubungan sel-sel otak

Berhubunglah dengan anak anda dari awal

Dari saat dua insan menjalinkan hubungan mesra hinggalah ke saat pertama anda melihat mata si manja; melahirkan cahaya mata ke dunia ini merupakan salah satu perkara yang amat mangagumkan yang anda boleh capai. Ketika si kecil belajar dan membesar setiap hari, terdapat juga keajaiban kecil yang berlaku dalam diri mereka.


Otak mereka yang sedang berkembang merangkumi lebih daripada 100 bilion sel otak. Sel-sel otak hanyalah komponen blok dalam otak. Apabila sel-sel otak berhubung, itulah tanda bahawa si manja sedang belajar. Semakin baik perhubungan sel-sel otak anak anda, maka lebih cepat dia belajar dan berkembang. Berikut adalah 2 cara untuk menggalakkan hubungan sel-sel otak si manja anda.

 

Perhubungan dari awal adalah penting
Tiga tahun pertama kehidupan merupakan waktu yang menakjubkan untuk perkembangan si kecil anda dari semua segi. Semasa kelahiran, otak si manja anda adalah lebih kurang 25% daripada anggaran berat otaknya apabila dewasa. Tetapi pada usia 3 tahun, otaknya sudah berkembang dengan cepat dengan penghasilan berbilion-bilion sel otak dan beratus-ratus juta perhubungan, atau sinaps, antara sel-sel ini. Oleh itu, luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama anak anda ketika mereka masih kecil lagi kerana mereka akan belajar untuk melihat, mendengar, dan melakukan apa yang anda buat juga.

 

Merangsang hubungan sel-sel otak
Terdapat pelbagai cara untuk membantu mempercepatkan perhubungan sel-sel otak si manja anda. Aktiviti mudah seperti berbual bersama mereka, membacakan buku sebelum tidur, menyanyi lagu kanak-kanak atau bermain dengan mainan akan membantu merangsang minda mereka yang sedang berkembang. Perkara-perkara ini bukan sahaja membantu sel-sel otak berhubung, tetapi mengeratkan lagi hubungan anda dengan si manja.